Info iOS

Permainan iOS Seperti Fortnite Dan PUBG Tidak Boleh Dimainkan Secara Lancar Pada iOS 13


Pengguna iOS 13 kini mengalami masalah pengalaman permainan yang tidak lancar bagi permainan iOS seperti Fortnite dan PlayerUnknown: Battlegrounds (PUBG). Pembangun kedua-dua aplikasi telah memberikan notifikasi mengenai pepijat ciri gerak isyarat tiga jari “tap-and-hold” yang terdapat pada iOS 13.

Gambar oleh pengguna Twitter Aldio Putra (@aldiohp).

Gerak isyarat ” tap-and-hold” dengan menekan tiga jari pada skrin akan mengaktif dan memaparkan bar “cut-copy-paste-undo-redo” yang muncul pada bahagian atas skrin apabila gerak isyarat tersebut diaktifkan. Bagi permainan aksi pertempuran seperti Fortnite dan PUBG, memerlukan sentuhan penggunaan lebih daripada dua jari pada skrin untuk bermain. Dengan ini, pengalaman bermain adalah tidak lancar dan boleh mengakibatkan pemain kalah.

Aplikasi yang lain seperti GarageBand juga terjejas ketika ingin memainkan kord pada piano maya. Pada iOS 13.1, penggunaan gerak isyarat tersebut akan diaktif pada konteks yang masuk akal seperti ketika menaip atau ketika menyuntin teks. Buat masa ini, tiada cara penyelesaian yang boleh dilakukan selain dengan mengemas kini ke iOS 13.1.

iOS 13.1 akan dilepaskan secara rasmi pada 25 September hari Rabu ini. Diharap pemain boleh bersabar dan menunggu kemas kini tersebut tersedia kelak.

Sumber artikel: 9To5Mac | Sumber gambar utama: Gadget360

 


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen