Aplikasi

Aplikasi WhatsApp Untuk iPhone Menggunakan iOS 8 Akan Berhenti Beroperasi Pada Februari 2020


WhatsApp menerusi dokumen sokongan mereka telah mengemas kini senarai peranti dan sistem operasi yang menyokong untuk aplikasi mereka berfungsi dengan baik. Pada dokumen tersebut menyatakan, aplikasi WhatsApp untuk iPhone perlu menggunakan sekurang-kurangnya minimum pada iOS 9 dan seterusnya.

Untuk iPhone yang menggunakan iOS 8, sebarang pendaftaran akaun baharu atau pengesahan nombor tidak boleh dilakukan pada aplikasi. Jika aplikasi WhatsApp masih aktif digunakan pada iOS 8, pengguna hanya boleh menggunakannya sehingga 1 Februari 2020 sahaja. Selepas daripada itu, aplikasi akan berhenti beroperasi dan tidak boleh berfungsi jika anda tidak mengemas kini sistem operasi iOS pada iPhone anda.

WhatsApp juga menyarankan pengguna untuk mengemas kini peranti ke sistem operasi iOS yang terkini bagi iPhone yang digunakan.

Sumber: FAQ WhatsApp untuk iPhone


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen