Berita iOS

Kemas Kini iOS 13.1.2 Dan iPadOS 13.1.2 Dikeluarkan – Tampalan Pepijat Untuk Aplikasi Kamera, Salinan Data iCloud Dan Banyak Lagi


Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini kecil yang baharu iaitu iOS 13.1.2 dan iPadOS 13.1.2 kepada umum. Ini adalah merupakan kemas kini kecil yang kedua selepas iOS 13.1.1 dan iPadOS 13.1.1 yang baru sahaja dikeluarkan pada 28 September yang lepas. Kemas kini utama iOS 13.1 dan iPadOS 13.1 pula dikeluarkan pada 25 September lepas yang membawakan membawakan senarai ciri dan fungsi terbaru untuk peranti masing-masing.

iOS 13.1.2 dan iPadOS 13.1.2 boleh dikemas kini menggunakan OTA iaitu melalui Settings > General > Software Update peranti anda yang menyokong iOS 13. Kemas kini kedua-dua ini memfokuskan kepada tampalan pepijat dan penambahbaikan prestasi untuk penggunaan peranti.

Pepijat yang terdapat pada seperti aplikasi kamera, salinan data pendua iCloud, lampu suluh dan banyak lagi telah ditampal pada kemas kini baharu ini. Berdasarkan nota kemas kini oleh Apple, antara senarai pepijat yang ditampal dan pembaikan isu yang terdapat pada iOS 13.1.2 ini adalah:

iOS 13.1.2 includes bug fixes and improvements for your iPhone. This update:
– Fixes a bug where the progress bar for iCloud Backup could continue to show after a successful backup
– Fixes an issue where Camera may not work
– Addresses an issue where the flashlight may not activate
– Fixes a bug that could result in a loss of display calibration data
– Fixes an issue where shortcuts could not be run from HomePod
– Addresses an issue where Bluetooth may disconnect on certain vehicles

Bagi nota kemas kini iPadOS 13.1.2 juga menyelesaikan dua masalah yang sama seperti di atas:

iPadOS 13.1.2 includes bug fixes and improvements for your iPad. This update:
– Fixes a bug where the progress bar for iCloud Backup could continue to show after a successful backup
– Fixes an issue where shortcuts could not be run from HomePod

Pengguna iOS dan iPadOS 13.0/13.1/13.1.1 sebelum ini adalah disarankan untuk mengemas kini iOS 13.1.2 bagi penambahbaikan prestasi pada penggunaan peranti anda. Apple mungkin akan mengeluarkan kemas kini kecil seperti ini pada masa akan datang sebelum mengeluarkan kemas kini utama iOS 13.2 dan iPadOS 13.2 kepada umum.

Sumber artikel: MacRumors | Gambar: iClarified


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen