Aplikasi

Instagram Menawarkan Cara Pintar Dan Mudah Untuk Mengenal Pasti E-mel Memancing Data


Instagram kini menawarkan sebuah ciri keselamatan baharu yang dapat membantu pengguna daripada menjadi mangsa pencerobohan maklumat dan akaun. Ciri tersebut dinamakan sebagai “Emails from Instagram” yang dapat membantu pengguna mengetahui e-mel daripada sindiket memancing data akaun mereka.

Dengan ciri baharu ini, pengguna boleh mengetahui sebarang e-mel rasmi mengenai sekuriti dan log masuk yang dihantar oleh pihak Instagram sendiri kepada akaun mereka pada bahagian Security. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh mengabaikan e-mel bukan rasmi seperti memancing data yang diterima pada bahagian Other.

Pengguna boleh mengakses ciri ini melalui Settings > Security > Emails From Instagram untuk melihat senarai e-mel yang diterima dalam tempoh 14 hari. Ini secara langsung dapat menghindari daripada pencerohonan maklumat dan akaun berlaku di kalangan pengguna Instagram.

Instagram dilihat giat aktif melakukan perubahan pada aplikasi mereka. Bermula semalam, pengguna iOS 13 kini boleh menggunakan mod tema gelap diikuti dengan pembuangan tab Following pada aplikasi Instragam.

Pencerobohan maklumat dan akaun ini adalah perkara yang boleh dielakkan jika pengguna dididik dan diberi pengetahuan mengenainya. Untuk cara memancing data dilakukan pada akaun Apple ID, anda boleh membaca artikel penerangan ini termasuklah mengenai cara SMiShing.

Sumber artikel: Instagram melalui 9to5Mac


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen