iOS Program Beta Umum

Apakah Yang Terbaru Pada Kemas Kini iOS 13.2 Beta 2


iOS 13.2 dan iPadOS 13.2 beta 2 telah dikeluarkan pada hari ini kepada pembangun dan juga pengguna berdaftar di bawah program Public Beta. Sebelum ini, versi beta 1 membawakan ciri seperti Deep Fusion, Annouce Messages with Siri dan banyak lagi. Pada versi beta 2 ini, pelbagai ciri dan fungsi baharu yang penting terdapat dalam kemas kini ini. Antaranya ialah:

Senarai Emoji baharu: Pada bulan Julai lepas, Apple telah memberikan senarai emoji baharu iaitu sebanyak 59 emoji baharu yang membawakan 75 variasi jantina dan sejumlah 230 emoji sepenuhnya dengan variasi jantina dan pengubahan warna kulit yang dikirakan sekali. Emoji binatang seperti Orangutan, memerang, sloth, skunk, dan flamingo ialah yang terdapat dalam senarai emoji tersebut, manakala emoji makanan ialah seperti bawang putih, bawang, mentega, tiram, dan waffle.

Terdapat juga emoji manusia dengan riak wajah seperti menguap dan gaya badan seperti tangan mencubit, berlutut, berdiri dan beberapa pilihan kombinasi emoji manusia berpegangan tangan berdasarkan warna kulit, dan jantina.

Emoji pelbagai yang lain seperti kuil Hindu, pakaian sari, payung terjun, yo-yo, layang-layang, kasut balet, kerusi, kapak, stetoskop, topeng penyelam serta emoji yang lain terdapat dalam senarai tersebut. Selain itu, emoji untuk menggambarkan orang kurang upaya (OKU) juga diperkenalkan. Emoji seperti telinga dengan alat bantuan pendengaran, anjing pemandu, tangan dan kaki mekanikal, manusia dengan tongkat bantuan berjalan, dan manusia menaiki kerusi roda.

Untuk senarai penuh, anda boleh membaca penerangan Emoji baharu ini pada laman web Emojipedia.


Edit Home Screen: Pilihan “Rearrange Apps” yang muncul ketika membuat 3D Touch atau mengggunakan Haptic Touch pada ikon aplikasi kini telah digantikan kepada “Edit Home Screen.” Sumber: MacRumors


Padam aplikasi pada Home Screen: Terdapat pilihan baharu untuk memadamkan aplikasi dengan lebih pantas apabila membuat 3D Touch atau mengggunakan Haptic Touch pada ikon aplikasi tanpa perlu masuk ke dalam mod ‘jiggle’. Sumber: MacRumors


Ruang pilihan Emoji baharu: Terdapat ruang pilihan apabila memilih emoji yang mempunyai pelbagai warna kulit mengikut karakter.


‌Siri‌ Privacy Splash Screen: Selepas anda selesai memasang iOS 13.2, terdapat halaman baharu untuk pengguna memilih samada untuk berkongsikan atau tidak rakaman audio kepada Apple ketika menggunakan ‌Siri‌ and Dictation. Sumber: 9to5Mac


Delete ‌Siri‌ & Dictation History: Pada halaman Siri di dalam aplikasi Settings, terdapat pilihan untuk memadamkan kesemua maklumat yang dihantar daripada peranti anda ke pelayan Apple. Sumber: MacRumors


Audio Recordings: Pada bahagian Analytics and Improvements di dalam halaman Privacy pada aplikasi Settings, terdapat pilihan samada untuk pengguna berkongsikan atau tidak rakaman audio kepada Apple untuk menambah baik Siri.


Animasi AirPods: Pada versi beta 1 sebelum ini, terdapat gambar ikon yang memperlihatkan rekaan Apple AirPods generasi ke-2. Dalam beta 2 ini, terdapat animasi baharu untuk mengajar pengguna menukar pilihan fungsi pembatalan hingar aktif atau active noise reduction (ANR). Pembatalan hingar dijangka akan menjadi ciri yang baharu diperkenalkan pada fon telinga Apple tersebut. Sumber: MacRumors melalui @_inside


Rakaman Video: Apabila membuat rakaman video pada model iPhone 11 dan iPhone 11 Pro, pengguna boleh mengubah resoluti dan kadar per saat (fps) video secara terus di dalam aplikasi Camera. Pengguna boleh mengubah dengan menekan pada nombor dan ikon yang terdapat pada bahagian kanan atas. Resolusi dan FPS boleh diubah dan dipilih secara bebas mengikut tetapan oleh pengguna. Sumber: MacRumos


Ikon tetapan emoji yang baharu pada papan kekunci. Sumber: u/DuraidAbdul


Animasi app switcher (penukaran aplikasi): Animasi multitugas bagi app switcher (penukaran aplikasi) kini lebih pantas berbanding sebelum ini. Sumber: u/frstshot


Pilihan dan tetapan ‘action sheet’ baharu pada aplikasi Music. Sumber: u/hiddecollee


Bunyi getaran Haptic Touch baharu pada aplikasi Home Screen. Sumber: u/Jeicam97


Hide Preview: Terdapat pilihan Hide Preview ketika membuat 3D Touch atau mengggunakan Haptic Touch pada menu konteks. Sumber: u/gulabjamunyaar


Tetapan pencahayaan baharu pada Portrait Mode. Sumber: u/vlobe42


Tulisan tajuk lagu dan nama artis dikurangkan saiz untuk dimuatkan pada keseluruhan skrin pada CarPlay. Sumber: u/epmuscle


Animasi atau ‘flash’ ketika membuat Screen Shot tidak lagi terang dan tidak menjengkalkan mata. Sumber: u/m-nos_


Gambar album lagu lebih besar pada Apple Music. Sumber: u/gemoritzt


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen