Aplikasi

Aplikasi Twitter Boleh Dimuat Turun Kembali Melalui Mac App Store


Aplikasi Twitter untuk Mac kini telah kembali dan boleh dimuat turun melalui Mac App Store. Sebelum ini, pihak Twitter telah menghentikan penggunaan aplikasi ini untuk pengguna Mac selepas tidak popular dan tidak ramai yang menggunakannya. Oleh itu, pihak Twitter menyarankan untuk pengguna beralih kepada versi web.

Dengan adanya ciri sokongan Catalyst yang diperkenalkan pada Apple WWDC bulan Jun lepas, aplikasi Twitter untuk iPad boleh dikonfigurasi dan dioptimasikan untuk Mac. Dari segi paparan dan penggunaannya adalah sama dan tiada perbezaan yang ketara. Pengguna juga boleh menetapkan tema gelap mengikut tetapan akaun masing-masing.

Aplikasi ini hanya tersedia untuk pengguna macOS Catalina 10.15 sahaja. Pengguna Mac versi sistem operasi yang lain tidak boleh memasangnya dan muat turun aplikasi Twitter untuk Mac ini.

[Muat turun aplikasi Twitter untuk Mac]

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen