Apple TV+

Apple Melancarkan Laman Berita Untuk Maklumat Siri Televisyen Dan Filem Apple TV+ Akan Datang


Apple hari ini telah melancarkan laman berita baharu untuk pemberitahuan dan maklumat mengenai siri televisyen dan filem yang bakal diterbitkan melalui servis Apple TV+. Setiap halaman siri pada laman tersebut mempunyai sinopsis, tarikh tayangan, senarai pelakon, gambar dan petikan video.

Buat masa ini, sebanyak 15 siri terdapat pada laman tersebut. Lapan siri daripada senarai tersebut bakal ditayangkan ketika pelancaran Apple TV+ manakala senarai yang lain bakal diumumkan melalui laman berita ini akan datang.

Apple TV+ ialah servis langganan berharga sebanyak RM19.90 sebulan dan boleh dikongsikan sehingga 6 orang menggunakan Family Sharing. Namun, hanya 1 penebusan sahaja bagi setiap kumpulan yang menggunakan Family Sharing ini. Pengguna yang membeli produk Apple seperti iPhone, iPad, iPod, Mac dan Apple TV selepas 10 September bakal mendapat langganan percuma selama 1 tahun.

Sumber : MacRumors

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen