Aplikasi

Pengguna Instagram Kini Boleh Melaporkan Masalah Aplikasi Dengan Menggoncangkan Telefon


Instagram pada hari ini telah memperkenalkan ciri baharu untuk aplikasi mereka. Sebanyak dua ciri yang diperkenalkan adalah untuk memudahkan penggunaan aplikasi.

Pengguna yang mempunyai sebarang masalah mengenai penggunaan ciri atau melayari aplikasi Instagram kini boleh melaporkan masalah dengan hanya menggoncangkan telefon. Kemudian satu mesej pertanyaan akan muncul mengenai masalah yang dihadapi dan seterusnya membuat penerangan masalah tersebut.

Ciri baharu yang dilihat seperti kecil tapi sebenarnya penggunaannya agak besar ialah kebolehan untuk memadam gambar pada entri karusel. Entri karusel ialah himpunan media yang dimuat naik dalam satu hantaran sahaja.

Jika terdapat satu gambar yang memalukan atau mengganggu privasi, pengguna boleh memilih untuk memadam salah satu media atau banyak daripada himpunan pada hantaran entri tersebut. Sebelum ini pengguna perlu memadamkan keseluruhan himpunan media pada hantaran entri hanya untuk memadam satu gambar sahaja.

Ciri menggoncang telefon ini ditawarkan terlebih dahulu bermula dari Amerika Syarikat. Bagi ciri pemadaman media pada himpunan hantaran entri mula diberikan pada aplikasi iOS. Seperti biasa, ciri ini bakal diaktifkan secara berperingkat kepada pengguna di seluruh dunia bermula minggu ini.

Sumber artikel: The Verge


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen