iOS watchOS

Apple Menangguhkan Implementasi Lesen Memandu iOS 15 Pada iPhone Hingga Awal 2022


iOS 15 yang dilancarkan pada bulan September lalu telah memperkenalkan pelbagai ciri baharu untuk iPhone. Daripada mod fokus sehinggalah SharePlay pada FaceTime, ia menawarkan ciri yang sangat berguna kepada pengguna. Terdapat satu ciri yang sepatutnya diimplementasikan pada tahun ini tetapi telah ditangguhkan.

Sebelum ini, implementasi untuk membolehkan pengguna menambah kad lesen memandu pengguna pada iOS 15 dan watchOS 8 bakal dilakukan pada tahun ini. Namun berdasarkan laman Apple, ia telah ditangguhkan sehingga awal tahun hadapan. Ciri ini bakal dilancarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke negara lain.

Privasi dan sekuriti bagi implementasi ciri ini sememangnya diutamakan. Apabila ingin menambah lesen memandu pada aplikasi Wallet, pengguna perlu untuk mengambil gambar wajah bagi proses pengesahan. Ini juga termasuklah keseluruhan wajah dengan pergerakan kepala ketika proses tersebut diminta.

Walaupun ia dimulakan dengan Amerika Syarikat, penangguhan ini sememangnya memberi kesan bagi pelancaran untuk negara lain termasuklah Malaysia (jika terdapat dalam senarai). Ciri perkhidmatan lain seperti pembayaran Apple Pay masih lagi tidak diimplementasikan di Malaysia.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen