Apple Tutorial

Tutorial Menambah E-mel Penyelamat Pada Apple ID


Apple ID merupakan akaun yang penting untuk dikawal dan dijaga dengan rapi. Ini kerana, segala maklumat peribadi pengguna termasuklah maklumat peranti yang dimiliki boleh diakses melalui akaun Apple ID ini. Apatah lagi maklumat pembayaran yang menggunakan kad kredit dan juga maklumat penting yang lain.

Situasi yang tidak diduga seperti terlupa kata laluan dan soalan sekuriti Apple ID boleh berlaku di kalangan pengguna Apple. Dengan itu, anda tidak boleh menyelamat dan mengakses kembali Apple ID termasuklah peranti yang menggunakan Apple ID tersebut kerana tidak boleh mendaftar keluar.

Salah satu cara yang disarankan ialah dengan menambah e-mel penyelamat pada bahagian sekuriti Apple ID. Penggunaan e-mel penyelamat ini ialah dengan dihantar e-mel yang mempunyai pautan untuk membolehkan anda mengeset semula kata laluan serta mengakses Apple ID kembali. Anda boleh menggunakan sebarang jenis alamat e-mel dimiliki yang boleh diakses oleh anda sendiri sahaja.

Untuk menambah alamat e-mel penyelamat pada Apple ID anda, ikuti langkah di bawah:

1. Pada peranti yang menggunakan iOS:

– iOS 8 hingga iOS 10.2, pergi ke Settings > iCloud > Apple ID > masukkan kata laluan > Password & Security > Rescue Email Address.

– iOS 10.3 dan ke atas, pergi ke Settings > nama anda > Password & Security > Rescue Email Address.

2. Tekan pada Add Rescue Email, jawab soalan sekuriti jika diminta. Kemudian, taipkan alamat e-mel milik anda yang ingin digunakan sebagai penyelamat ini. Tekan Done setelah selesai.

3. Selepas itu, buka peti masuk alamat e-mel tersebut dan cari e-mel daripada Apple. Klik pada Verify Now.

4. Masukkan kata laluan Apple ID anda untuk mendaftar masuk.

5. Alamat e-mel tersebut kini telah disahkan dan ditambah sebagai e-mel penyelamat untuk Apple ID anda.


Anda juga boleh menggunakan laman web appleid.apple.com untuk menambah atau memadam ataupun menukar e-mel penyelamat ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen