Sebelum ini, Apple telah membangunkan aplikasi iMovie untuk iOS (asalnya diperkenalkan pada Mac OS 8.6) yang fokus kepada penyuntingan video untuk durasi yang panjang atau movie dan trailer dengan pelbagai kesan efek, tema dan sebagainya. Kini, Apple memperkenal aplikasi penyunting video yang memfokuskan untuk perkongsian video pada aplikasi sosial iaitu ‘Clips’.
Aplikasi Clips ini membolehkan pengguna untuk menyunting media seperti gambar dan video yang diambil menggunakan aplikasi atau diimport dari galeri. Pengguna juga boleh memasukkan muzik, efek seperti book filters, speech bubbles, shapes dan efek seperti lukisan mengikut kreativiti masing-masing.
Seperti aplikasi sosial yang lain, penyuntingan video telah diintegrasi dan kemudiannya boleh terus dikongsi dari dalam aplikasi. Untuk aplikasi Clips, pengguna boleh berkongsi video yang telah disunting ke Mesej berdasarkan kenalan atau dikongsikan ke aplikasi seperti Twitter, Instagram, Facebook dan Youtube.
Ciri dan fungsi yang menarik bagi aplikasi ini ialah ‘Live Titles’. Live Titles membolehkan pengguna untuk membuat animasi kapsyen dengan hanya bercakap semasa rekod dan kemudiannya animasi kapsyen tersebut secara automatik ditambah di dalam video. Ia sangat memudahkan pengguna untuk menyunting berbanding iMovie dan Final Cut Pro.
Aplikasi Clips boleh dimuat turun secara percuma di App Store dalam bulan April dan boleh digunakan pada peranti iPhone 5s ke atas, iPad 9.7 inci yang baru, kesemua iPad Air dan iPad Pro, iPad Mini 2 ke atas dan iPod touch 6. Kesemua peranti tersebut mestilah menggunakan sistem operasi iOS 10.3.
Tambah Komen