Info iPhone

Panduan Membeli iPhone (Original/Baru/Second Hand/Refurbished/Import/Replacement)


Sejak kebelakangan ini, banyak penjual yang menjual pelbagai set iPhone. Namun ada yang memberikan info yang salah dan mengelirukan. Jadi di sini, disediakan satu tips yang mungkin boleh membantu kalian.

1. Original vs Klon

Secara jujur, pengaruh iPhone klon masih meluas di Malaysia. Ada lagi penjual yang menjual iPhone klon tanpa sedar. Bagi pengguna yang sudah biasa dengan system iOS, mereka sudah tahu untuk membezakan User Interface (UI) iOS yang original, dan juga dapat membezakan dari segi fizikal iPhone berkenaan.

Bagi pengguna yang langsung tiada pengetahuan mengenai iOS ataupun iPhone, mereka mungkin tak tahu langsung cara nak bezakan.

Untuk itu, ini ialah langkah-langkah yang boleh anda ambil:-
1) pastikan anda bawa kad SIM anda yang telah dipotong , MicroSim untuk iPhone 4/4S , Nano Sim untuk iPhone 5 ke atas.
2) masukkan Kad SIM ke dalam iPhone, untuk mengaktifkan iPhone original, simkad diperlukan untuk masuk ke skrin utama. iPhone klon tidak perlu Kad SIM pun. Cara ini juga boleh mengetahui sama ada iPhone tersebut SIM-locked atau SIM-unlocked. Jika tertera Sim Not Valid, itu tandanya Sim-Locked(tidak boleh guna Telco Malaysia asasnya)
3) Sambung ke Internet (WiFi atau Mobile Data) > masuk AppStore > Muat turun aplikasi percuma seperti Apple Store > nanti akan muncul popup untuk sign in Apple ID. Jika ianya klon, ia akan minta akaun Google Play dan bukannya Apple ID.
4) Boleh juga masuk di Settings > General > About , dan tengok kapasiti, Kapasiti iPhone original tidak akan tepat-tepat. Contohnya kalau 16GB, kapasiti iPhone original adalah dalam 11.0 hingga 13 GB sahaja.. bukan 16GB

2. Baru vs Second Hand

Ini pun antara yang popular diperbincangkan. Secara asasnya, iPhone yang BARU mestilah mempunyai tempoh jaminan yang belum diaktifkan. Boleh periksa di checkcoverage.apple.com , ambil serial number dari Settings > General > About. Jangan ambil bulat-bulat info pada kotak, kerana ianya boleh ditiru atau ditipu. Tetapi info pada settings iPhone original, tidak boleh ditiru atau ditipu.

Boleh rujuk gambar di bawah –>

Gambar tersebut jelas menunjukkan tempoh jaminan iPhone masih belum diaktifkan. Ia bermakna, iPhone tersebut belum dibuka, belum diaktifkan dan ianya BARU.

Untuk iPhone terpakai, tempoh jaminan sudah berjalan ataupun telah habis. Tak kisah la baru berjalan sehari atau dua hari… ia tetap dikira set terpakai atau orang kata sebagai second hand. Anda layak untuk menuntut harga yang murah berbanding harga baru dipasaran.

Macam mana kalau ada penjual yang kata ianya set IMPORT yang baru, tapi bila check tempoh jaminan sudah habis atau sudah berjalan ? Penjual kata, tempoh jaminan hanya ada dari supplier (kedai/pemborong) dan menjelaskan bahawa kononnya tempoh jaminan untuk set import memang takda.

Tolong JANGAN percaya penjual macam ni. IMPORT set yang BARU, mestilah mempunyai tempoh jaminan yang belum diaktifkan. Dengan itu la ia layak dipanggil set baharu. Jika sudah habis/berjalan official warranty Apple, itu tandanya iPhone itu second hand atau refurbished.

Boleh juga periksa calling time, untuk melihat , pergi ke Settings > Mobile/Cellular > Call Time > LifeTime , jika bukan 0, maknanya, sudah digunakan untuk membuat panggilan. Maka automatik kita kategorikan ianya sebagai second hand

3. Import Set vs Malaysia Set

Sebelum itu, untuk mengenalpasti negara iPhone anda sepatutnya dijual, anda boleh rujuk–> iPhone anda berasal dari mana?

Secara asasnya, Import set dan Malaysia set tiada perbezaan secara khusus. Semua iPhone direka dari California dan dikilangkan di China dan mempunyai fungsi asas yang sama. Adapun yang bezanya ialah apabila negara/rantau tersebut mempunyai restrictions dan regulations tertentu.

Contoh,
– set Jepun/Korea Selatan tidak boleh tutup camera shutter sound
– set Emiriah Arab Bersatu/Arab Saudi tiada FaceTime
– set China tiada sokongan 4G/LTE (Bagi iPhone 6/6+ kebawah

Setiap model iPhone juga berbeza, boleh juga rujuk–> Dengan 3 angka/huruf ini anda boleh tahu jenis, warna, kapasiti iPhone anda

Dari segi tempoh jaminan, IMPORT set yang baharu dan Malaysia set yang baharu akan ada 1 year LIMITED warranty by Apple. Bagi set Switzerland, set tersebut layak mendapat 2 tahun tempoh jaminan dari penjual(Apple).
Dan ada juga sesetengah negara yang mempunyai Apple Care yang juga boleh memanjangkan tempoh jaminan kepada 2 tahun dengan dikenakan sedikit bayaran.

Bagi Malaysia set, warranty by Apple adalah 1 tahun. Jika membeli melalui syarikat telekomunikasi seperti Umobile, Maxis, DiGi ataupun Celcom, anda mempunyai pilihan untuk menuntut jaminan di Apple ataupun di pusat servis syarikat telekomunikasi berkenaan

Untuk proses tuntutan jaminan, set Malaysia akan menjadi lebih mudah kerana Authorised Apple Service Provider (AASP) macam Machines, MacCity, Switch, QCD dan lain-lain lebih mudah untuk menerima set Malaysia. Namun, sebahagian daripada AASP ini juga menerima set luar juga, dengan syarat ianya set global dan tidak terikat dengan mana-mana telco (boleh guna apa-apa Kad SIM)

Di negara ASEAN (Malaysia, Singapura, Thailand dan lain-lain), belum ada lagi Apple Retail Store. Apple hanya melantik AAR untuk menjual produk Apple dan AASP sebagai wakil penyedia servis. Jadi proses tuntutan itu juga sedikit sebanyak bergantung pada AASP tersebut.

Untuk IMPORT set, pastikan anda periksa tempoh jaminan dahulu ya. Kemudian baru anda tahu ianya baru atau sudah terpakai.

4. Replacement

Replacement set atau dalam Bahasa Melayu dipanggil set gantian ialah set yang disediakan oleh pihak Apple untuk diberikan kepada pengguna sebagai set gantian yang melalui proses tuntutan jaminan/gantian. Sama ada Replacement Out of Warranty atau Replacement On Warranty, set replacement akan diberikan.

Set replacement sememangnya telah disediakan khas oleh Apple. Berkaitan dengan tempoh jaminan, Ia akan meneruskan tempoh jaminan set asal, ataupun 3 bulan tambahan (set gantian Out Of Warranty juga diberi tempoh jaminan selama 3 bulan)

Original Replacement set sememangnya original daripada Apple. Dan Ianya BARU. Jadi tiada persoalan mengenai sistem, aksesori atau komponen dalaman iPhone tersebut. Lazimnya, nama model akan bermula dengan huruf N.

5. Refurbished

Ini ialah topik yang popular.

Soalan popular – Bagaimana untuk mengetahui sama ada iPhone ini ialah refurbished dari Apple atau dari pihak ketiga?

Jawapannya = memerlukan seseorang yang pakar untuk melihat komponen dalaman dan luaran. Refurbished by Apple, mereka menggunakan komponen original. Manakala Refurbished dari pihak ketiga , ada yang menggunakan sepenuhnya komponen original, ada juga pihak yang menggunakan komponen tidak original.

Refurbished by Apple – iPhone yang refurbished by Apple hanya dijual oleh pihak Apple. Mereka menjualnya di Apple Refurb Section di Apple Retail Store (Amerika Syarikat, United Kingdom, India)
Packaging juga berbeza, Ia dikenali sebagai White Box set. Ada juga tertulis Apple Certified Refurbished pada kotak tersebut. Segala komponen adalah original dan disahkan oleh Apple dan ada 1 tahun jaminan dari Apple. Nama model juga bermula dengan huruf F.

Boleh rujuk –>

Refurbished oleh pihak ketiga – Lazimnya refurbished dari pihak ketiga masih menggunakan kotak normal. Tiada lagi jaminan dari Apple. Lazimnya set ini dari set luar negara seperti US, UK, Japan. Ia adalah kebiasaan untuk pihak ketiga mendapatkan iPhone ini. Hal ini kerana, syarikat telekomunikasi di sana ada menyediakan phone replacement/upgrade program. Contohnya, pengguna pelan telco tersebut ingin upgrade iPhone 6 kepada 6S, jadi pengguna ini akan memulangkan iPhone 6 dan mengambil iPhone 6S dari telco ini. Ianya macam trade in iPhone 6 dan ambil iPhone 6S, Jadi, kemana perginya iPhone 6 tersebut? Sudah tentulah telco akan kumpul dan jualnya pada pihak ketiga. Pihak ketiga inilah yang akan memperbaharui dan menjualnya sebagai refurbished di pasaran. Ada juga yang memang perbaharui iPhone-iPhone ini secara pengilangan semula besar-besaran. Diingatkan, komponen mungkin tidak original

Di Malaysia, set sebegini sangat popular. Namun ramai penjual yang mengelirukan pembeli dengan mengatakan ianya set import baharu. YA, ia memang set import, tetapi ianya import REFURBISHED, bukan baharu.
Di Malaysia, ada AAR(Apple Authorised Reseller) yang menjual Refurbished set, contohnya Machines, Switch, Epicentre. Mereka juga ada menyediakan jaminan. Namun jaminan tersebut bukanlah dari Apple, tetapi ianya lebih kepada jaminan AAR/AASP berkenaan.


3 Komen

Klik di sini untuk menghantar komen

  • Meaning kalau katakan check serial number and bawah ni yg sy dpt even hp sy belum buka dari kotak

    Eligible for an AppleCare product
    Purchase an AppleCare product to get additional repair coverage and technical support.
    Learn more and buy now
    Valid Purchase Date
    A validated purchase date lets Apple quickly find your product and provide the help you need.
    Telephone Technical Support: Active
    Your product is eligible for complimentary telephone technical support.
    Estimated Expiration Date: May 7, 2021
    More about complimentary support opens in a new window
    Contact Apple Support
    Repairs and Service Coverage: Active
    Your product is covered for eligible hardware repairs and service under Apple’s Limited Warranty.
    Estimated Expiration Date: February 5, 2022

    • Maaf lambat balas. Bagi model yang terkini tidak silap saya bermula dari iPhone 6, Apple telah mula mengimplementasikan rekod pembelian secara terus ke Apple ID. Bermulanya tarikh pembelian iPhone tersebut, tempoh jaminan sudah pun diaktifkan walaupun iPhone tidak dibuka dari kotak dan diaktifkan. Terima kasih atas maklumat, aritkel ini akan dikemas kini kelak.

  • Your article really helps me a lot. Usually kalau buka mana mana blog semua cerita benda yang sama. But through your entry I have learned a lot of new things and important stuff. Thank you bro. Keep it up.