Siri Apple Watch dikemas kini dengan Apple mengeluarkan beberapa tali jam termasuklah warna baharu dan variasi Woven Nylon, Classic Buckle, dan Apple Watch Hermès (tidak dijual di Malaysia). Apple juga turut menjual tali jam Nike Sport daripada edisi Apple Watch Nike+ secara berasingan. Ini dibuat selepas pakej Apple Watch tidak lagi dijual dengan tali jam Leather, Nylon dan Link Bracelet.
Variasi dan warna tali jam Apple Watch:
● Sport – Pebble, Azure and Camellia
● Woven Nylon – Berry, Tahoe Blue, Orange, Red, Pollen dan Midnight Blue
● Classic Buckle dengan reka bentuk terbaru – Sapphire, Berry dan Taupe
Variasi dan warna tali jam Apple Watch Nike+:
● Anthracite/Black
● Pure Platinum/White
● Volt/Black
Tali jam ini boleh dibuat tempahan bermula semalam di laman sesawang Apple dan di AASP akan mula dijual pada hujung bulan Mac ini. Variasi, pilihan dan harga boleh dilihat di laman sesawang Apple mengikut saiz tali jam Apple Watch yang dipakai.
Tambah Komen