Pada pagi hari ini, Apple telah berjaya mengambil alih aplikasi popular iaitu Workflow. Aplikasi Workflow ini berfungsi untuk membantu dan memudahkan pengguna untuk mengautomasikan suatu tugas atau kerja dengan lebih mudah.
Aplikasi Workflow ini dibangunkan oleh bekas pembangun jailbreak iaitu Ari Weinstein, Conrad Kramer, Ayaka Nonaka dan Nick Frey yang berjaya memenangi anugerah Apple Design pada tahun 2015. Mereka secara langsung menyertai Apple dan aplikasi ini akan terus berada di App Store dan percuma untuk dimuat turun bermula pada hari ini. Sebelum ini, aplikasi tersebut dijual dengan harga $2.99 (dalam lingkungan RM12).
Pemilikan ini merupakan berita yang baik dimana Apple mungkin akan membuatkan eksosistem iOS akan datang lebih mudah untuk digunakan berbanding sekarang. Sama-sama kita lihat nanti. Bagi yang berminat, anda boleh muat turun aplikasi ini di App Store dan anda juga boleh memasangkan ia di Apple Watch.
Muat turun: Workflow
Tambah Komen