Pasti anda mengalami masalah untuk sambungan selular ketika dalam bangunan mahupun di luar kawasan dan agak susah untuk menghantar mesej atau membuat panggilan. Untuk mengatasi masalah ini, Digi telah menawarkan ciri teknologi Wi-Fi Calling untuk semua pelanggan Digi yang membolehkan panggilan dibuat atau mesej dihantar dengan menggunakan sambungan Wi-Fi sahaja ketika menghadapi sambungan selular yang lemah.
Teknologi Wi-Fi Calling ini sudahpun mula diperkenalkan bermula dari iOS 8 hingga ke iOS yang terkini. Tapi, hanya telco yang menawarkan sahaja yang membolehkan pengguna menggunakan ciri ini. iPhone yang boleh menggunakan teknologi ini bermula dari iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE, iPhone 7, iPhone 7 Plus dan seterusnya. Bagi pengguna Digi, anda perlu mengemaskini iPhone ke iOS 10.3.2 ke atas dan versi telco 28.3 ke atas.
Penggunaan Wi-Fi Calling ini boleh digunakan pada kesemua jenis sambungan Wi-Fi tapi untuk penggilan akan dikenakan cas mengikut kadar panggilan tempatan. Ia tidak memerlukan sebarang aplikasi dan boleh juga diterima oleh peranti yang menggunakan akaun iCloud yang sama. Bagi yang tertanyakan, hanya dua telco sahaja di Malaysia buat masa kini yang mengaktif dan menawarkan ciri ini.
Sumber: Digi
Tambah Komen