Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini bagi sistem operasi WatchOS dengan pelbagai muka jam baharu, penggunaan App Store serta penambahbaikan dan ciri yang baharu. Antaranya ialah, aplikasi kalkulator ‘mini’ serta aplikasi Audiobooks dan Voice Memos yang berasaskan antaramuka Apple Watch.
Pada WWDC, Apple memperlihatkan muka jam baharu seperti Modular Compact, Solar Dial, California, Gradient, dan Numerals faces. Setiap muka jam baharu juga mempunyai ciri tersendiri seperti muka jam ‘Taptic Chimes’ yang akan memberi tahu waktu pada setiap jam dengan getaran atau bunyi jika audio diaktifkan.
WatchOS 6 juga membawakan aplikasi Cycle Tracking yang bercirikan kesihatan iaitu pengiraan kitaran haid khas untuk kaum wanita. Aplikasi Noise juga hadir dengan ciri mengesan tahap bunyi dalam persekitaran luar.
Dengan App Store yang secara terbina, pengguna kini boleh memasang aplikasi khas untuk Apple Watch tanpa perlu menggunakan iPhone. Pengguna boleh menggunakan arahan suara dengan Siri untuk mencari dan melihat halaman aplikasi daripada Apple Watch sahaja. Aplikasi
WatchOS 6 akan boleh dimuat turun secara rasmi pada bulan September ini.
Tambah Komen