Teknologi pengecasan pantas merupakan ciri yang popular dan terdapat pada peranti telefon pintar Android, yang berfungsi untuk membolehkan mereka mengecas sebanyak 50% bateri dalam masa 30 minit. Kita masih belum dapat untuk melihat Apple membawakan ciri dan fungsi ini pada peranti iPhone (harap bakal ada pada tahun ini).
Namun, terdapat trik yang boleh membuat untuk mengecas dengan lebih pantas berbanding yang biasa. Kami memberikan tiga cara yang berkesan bagaimana untuk mengecas iPhone dan peranti anda yang lain dengan lebih pantas dan menjimatkan masa.
Menggunakan pengecas USB-C
Trik yang pertama ini tidaklah semua peranti boleh menggunakannya. Hanya iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X sahaja setakat ini yang boleh menggunakan cara pengecasan pantas ini dengan syaratnya anda perlu membeli pengecas USB-C samada dengan kuasa 30W, 61W, atau 87W serta kabel USB-C to Lightning. Pakej mahal ini bermula dari harga RM216 untuk pengecas 30W dan kabel tersebut yang berharga RM83 dengan panjang 1 meter.
Menurut Apple, pengunaan pengecasan pantas ini boleh mengecas iPhone anda sehingga 50% dalam masa 30 minit sahaja.
Berikut ialah senarai pilihan harga pengecas USB-C mengikut kuasa:
Kabel USB-C to Lightning mengikut kepanjangan (meter):
Bagi pengguna peranti yang tidak menyokong pengecasan pantas ini, boleh mengikuti trik di bawah.
Menggunakan pengecas iPad
Trik yang kedua ialah dengan menggunakan pengecas iPad menggantikan pengecas yang terdapat sekali dalam aksesori iPhone anda. Pengecas iPad ini mempunyai kuasa 12W, 2.1A berbanding kuasa pengecas iPhone yang hanya 5W, 1A sahaja. Apple juga turut mempunyai laman khas yang menyatakan penggunaan pengecas iPad ini ialah selamat untuk digunakan pada pelbagai peranti termasuklah iPhone, Apple Watch, AirPod, iPad Mini, Siri Remote dan beberapa aksesori Apple yang lain.
Berdasarkan pengelaman, saya menggunakan pengecas 5w tersebut atau mengecas menggunakan komputer untuk iPhone 6s Plus, kebiasaannya akan mengambil sekitar 3-4 jam bagi siap sepenuhnya. Bila saya mengecas menggunakan pengecas iPad/12w, ia hanya mengambil dalam masa lebih kurang 2 jam sahaja untuk siap. Jika anda tidak mempunyai pengecas 10w atau 12w ini (10w terdapat pada iPad yang lama), anda boleh membeli pengecas rasmi Apple ini dengan harga RM79.
Bagi yang ingin membeli pengecas 12w selain dari Apple ini, anda juga boleh membeli daripada jenama lain di bawah program Made For iPhone/iPad/iPod (MFi). Dalam program ini, syarikat pembuat aksesori tersebut diberi lesen bagi layak untuk menjual produk bagi peranti Apple. Kesemua produk ini telah diuji untuk tujuan proses keselamatan dan layak atas penilaian oleh Apple sendiri. Pastikan anda membeli di Apple Authorized Premium Reseller atau kedai yang sah sahaja untuk ketulenan. Elakkan dari membeli produk tiruan yang boleh menyebabkan peranti anda rosak serta mengancam keselamatan malah nyawa pengguna sendiri.
Mengecas menggunakan AirPlane Mode
Amatlah jarang sesekali untuk mengaktifkan AirPlane Mode selain dari menjimatkan bateri peranti tapi ia juga boleh berfungsi untuk mengecas peranti anda dengan lebih pantas setelah diaktifkan. Bagi yang tidak tahu cara untuk mengaktifkan AirPlane Mode ini, ikuti langkah di bawah:
1. Dari Lock Screen atau Home Screen, tatal dari bawah skrin (bermula dari butang Home) sampai ke atas/pertengahan skrin.
2. Tekan pada ikon AirPlane Mode yang berada pada sebelah kiri atas Control Center.
3. Anda akan nampak ikon AirPlane Mode pada belah kiri atas status bar.
Anda juga boleh untuk mengaktifkan AirPlane Mode ini dari dalam Settings > AirPlane Mode yang berada di atas sekali. Pengaktifan AirPlane Mode ini akan membuatkan sebarang mesej, panggilan atau sambungan selular atau internet tidak diaktifkan atau tidak berfungsi sepenuhnya.
Tambah Komen