Apple iPhone

Kongsikan Gambar Mod Malam Terbaik Anda Dengan Apple

Untuk permulaan baharu bagi tahun baru ini, Apple telah menganjurkan sebuah pertandingan untuk mengajak pengguna berkongsikan gambar-gambar mod malam yang terbaik ditangkap oleh mereka. Pertandingan ini terbuka untuk pengguna di seluruh dunia dengan syarat ia ditangkap dengan menggunakan model iPhone yang terkini iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Bermula dari 8 Januari hari ini hingga 29 Januari, pertandingan ini berlangsung untuk mencari gambar mode malam yang terbaik ditangkap oleh pengguna. Sebanyak 5 daripada 10 juri yang terdiri daripada jurufoto profesional manakala selebihnya daripada pihak Apple sendiri akan menilai setiap penyertaan. Sebanyak lima gambar dan pemenang bakal diumumkan pada 4 Mac akan datang.

Eric Zhang – Apple

Setiap gambar yang memenangi bakal dipamerkan pada galeri laman Apple Newsroom, laman sesawang rasmi apple.com dan pada akaun rasmi Instagram Apple (@apple). Gambar-gambar tersebut juga berkemungkinan digunakan untuk dipamerkan melalui kempen digital, kedai rasmi Apple Store, pada papan iklan atau pameran fotografi pihak ketiga. Pihak Apple akan membayar hak perlesenan kepada setiap pemenang serta akan dikreditkan.

Untuk menyertai dan menyertakan penyertaan, anda boleh berkongsikan gambar tersebut melalui akaun Twitter atau Instagram milik anda dengan diletakkan tanda pagar #ShotoniPhone dan #NightmodeChallenge. Pengguna di China boleh menggunakan akaun Weibo milik mereka. Sila letakkan model iPhone yang anda gunakan untuk menangkap gambar tersebut pada kapsyen dan pastikan akaun anda tidak disetkan kepada persendirian (private).

Anda juga boleh menghantarkan gambar tersebut yang lebih resolusi tinggi melalui e-melkan kepada [email protected] dengan menamakan fail gambar berformatkan ‘namahadapan_namabelakang_nightmode_modeliPhone.’ Gambar-gambar tersebut boleh dikongsikan secara terus daripada iPhone anda atau disunting dengan menggunakan alat suntingan pada aplikasi Photos atau perisian pihak ketiga.

Penyertaan boleh dihantar bermula 3.01 pm pada 8 Januari dan berakhir pada 2.59 pm bertarikh 29 Januari. Setiap peserta mestilah berumur 18 ke atas dan tidak terbuka untuk staf atau pekerja Apple termasuklah ahli keluarga mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman sesawang Apple Newsroom ini.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen