Dalam satu laporan oleh DigiTimes pada hari ini telah melaporkan, syarikat pembekal Navitas Semicondutor dijangka bakal menerima kontrak oleh Apple bagi penghasilan pengecas yang berasaskan teknologi GaN. Laporan itu juga menyatakan Apple kini dalam perancangan bagi penghasilan pengecas USB-C yang mempunyai teknologi tersebut.
Pengecas yang dilengkapi dengan teknologi GaN ini secara langsung membolehkan kepala pengecas bersaiz mini yang lebih pantas dan berkuasa. Berbanding dengan pengecas sedia ada yang menggunakan silikon, teknologi ini juga tidak menggunakan tenaga yang banyak dan seterusnya tidak berhaba panas apabila mengecas sebuah peranti. Namun, masih belum dapat dipastikan samada pengecas GaN oleh Apple bakal dilancarkan pada tahun ini.
Buat masa ini. sebanyak 6 pilihan kepala pengecas yang masih dijual oleh Apple secara rasmi. Kepala pengecas dengan USB-A boleh didapati dalam variasi 5W dan 12W manakala bagi pilihan USB-C terdapat untuk 20W, 30W, 61W dan 96W.
Sumber media: ALOGIC
Tambah Komen