Aplikasi

Final Cut Pro Kini Menyokong Cip Apple M1 Pro Dan M1 Max Baharu

Dengan pengenalan perkakasan cip baharu buatan sendiri pada hari ini, Apple juga turut mengemaskini perisan yang dibangunkan oleh mereka. Perisian suntingan video profesional, Final Cut Pro sudah boleh untuk dibuat kemas kini bagi menyokong cip-cip yang baharu tersebut.

Optimasi ini akan menjadikan pengalaman menyunting video berresolusi tinggi dengan lebih pantas dan tiada masalah. Dengan ini, proses eksport video ProRes juga lima kali lebih pantas berbanding sebelum ini.

Kemas kini versi 10.6 ini juga membawakan sokongan suntingan video dengan mod Cinematic yang dirakam melalui siri model iPhone 13. Selain itu, ciri baharu seperti Object Tracking dengan sokongan pembelajaran mesin membolehkan perisian ini mengesan wajah atau objek di dalam video dengan lebih tepat.

Perisan pendamping Final Cut Pro yang lain seperti Motion dan Compressor juga menerima kemas kini pada hari ini.

Bagi yang berminat, pengguna boleh mendapatkan perisian Final Cut Pro ini pada harga RM1,299.90. Pengguna yang sudah membelinya boleh membuat kemas kini secara percuma.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen