Apple pada hari ini telah mengumumkan servis baharu yang dinamakan sebagai Apple Business Essentials. Dengan servis ini, perniagaan kecil yang mempunyai sejumlah pekerja boleh menggunakan Apple Business Essentials bagi pengurusan dari segi peranti pekerja.
Selain itu, Business Essentials ini boleh menguruskan 500 peranti pekerja dari segi pendaftaran, membuat salinan data pendua, kemas kini dan servis pembaikan. Ini juga termasuklah sokongan Apple Support 24/7, storan iCloud dengan langganan bulanan serta pelan tambahan AppleCare+.
Inisiatif ini akan memudahkan pemilik perniagaan bagi menguruskan peranti pekerja dengan pantas dan terkawal.
Buat masa ini, Apple Business Essentials ini masih dalam percubaan dan terbuka kepada perniagaan di Amerika Syarikat. Pelancaran rasmi dijangka pada musim bunga 2022 dengan langganan bermula dari $2.99 bagi setiap peranti yang menawarkan storan iCloud 50GB.
Tambah Komen