iPhone

iPhone X Dengan Port Pengecas USB-C Dijual Pada Harga RM358 Ribu

Dalam barisan peranti mudah alih Apple yang terdapat di pasaran sehingga kini hanya model iPhone dan iPod sahaja yang masih mengekalkan penggunaan port Lightning. Walaupun sudah ditekankan oleh Kesatuan Eropah, Apple masih beranggapan bahawa penggunan port Lightning masih berguna sehingga sekarang.

Membuat modifikasi sememangnya antara projek yang menyeronokkan. Beberapa bulan lepas seorang jurutera daripada Switzerland, Ken Pillonel telah membentangkan konsep rekaan iPhone X dengan USB-C kepada umum. Selepas beberapa fasa percubaan, pembelian komponen dan pengubahsuaian, akhirnya sebuah iPhone pertama dilengkapi dengan port USB-C menjadi realiti.

Bagi mendapatkan dana untuk pembelian mesin berkuasa tinggi, Ken Pillonel mengambil keputusan untuk menjual iPhone X dengan port USB-C ini melalui lelongan bidaan di eBay. Pelbagai nilai bidaan telah dibuat sehingga mencecah $100,100 (lingkungan RM416,000) namun ia dijual pada harga $86,001 (lingkungan RM358,000). Sudah tentu terdapat individu yang sengaja membuat bidaan hasut maya dan tidak serius.

Terdapat beberapa syarat yang perlu dituruti oleh pembeli yang mestilah tidak kemas kini atau mengeset semula iPhone tersebut. Ini juga termasuklah tidak menggunakannya sebagai perati gunaan harian serta tidak meleraikannya. Pembeli tersebut perlu menanggung segala akibat yang bakal terjadi sekiranya melanggar syarat dinyatakan.

Bagi yang ingin melihat bagaimana beliau melakukannya, anda boleh menonton video penerangan lengkap di saluran YouTube beliau.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen