Aplikasi Apple Store untuk iOS telah dikeluarkan kemas kini baharu dan boleh dimuat turun di App Store. Kemas kini baharu ini mempunyai ciri yang membolehkan pengguna untuk membuat suatu senarai bagi menyimpan produk untuk mendapatkan penjelasan oleh pakar khusus mengenainya.
Selepas produk disimpan dalam senarai, ia boleh dijumpai pada bahagian akaun anda dibawah Saved Items. Pengguna boleh mendapatkan pakar bagi bertanyakan pendapat, maklumat dan pilihan samada produk mereka inginkan adakah berbaloi mahupun tidak. Bagi di Malaysia, pengguna boleh memilih untuk mendapatkan pakar khusus secara dalam talian melalui panggilan atau permesejan.
Ciri yang lain juga termasuklah Audio Descriptions kepada video produk yang membolehkan pengguna mendengar penerangan produk jika tidak dapat menonton video pada peranti masing-masing.
Tambah Komen