Halaman utama dan garis masa media sosial adalah antara sumber berita dan maklumat yang diakses oleh pengguna di seluruh dunia. Namun, sudah tentu ada pihak yang menyalahgunakannya untuk menyampaikan sumber berita dan maklumat yang tidak sahih dan negatif.
Sehubungan dengan itu, Meta pada hari ini telah mengumumkan beberapa ciri baharu untuk halaman utama atau News Feed bagi sebahagian pengguna Facebook yang terpilih. Pengguna akan boleh mengawal kandungan yang ingin dilihat secara peribada samada daripada rakan, ahli keluarga, Pages dan Groups.
Oleh itu, pengguna akan bebas untuk melihat jenis kandungan yang dipilih sendiri tanpa menggunakan algoritma Facebook. Pelbagai maklumat, entri dan berita yang tidak diingini dan disukai oleh pengguna tidak lagi dipaparkan pada halaman utama dan dikawal sepenuhnya oleh pengguna itu sendiri.
Sebahagian kecil pengguna akan mendapat akses kepada ciri ini bagi proses ujian. Menurut Meta, ia akan dibuka kepada pengguna lain dalam beberapa masa yang terdekat.
Meta juga mengumumkan syarikat pengiklanan akan diberi akses yang lebih mudah untuk mengawal paparan iklan mereka. Melalui ini, syarikat pengiklanan mungkin boleh memilih iklan yang ingin dipaparkan tanpa bersebelahan dengan iklan pesaing, berita politik dan maklumat negatif.
Sumber artikel: Meta
Tambah Komen