Paten

Apple Mempatenkan iPhone Dan Apple Watch Dengan Rekaan Kaca Sepenuhnya

Rekaan model iPhone sememangnya banyak digunapakai kembali dan dipinjam daripada beberapa model sebelum ini. Dengan panel kaca bahagian depan dan belakang yang mula diperkenalkan pada iPhone 4 dan iPhone 4s, rekaan siri model iPhone 12 telah mula menggunakan kembali rekaan tersebut.

Kini, Apple dilapor telah mempatenkan rekaan yang baharu bagi peranti elektronik miliknya. Paten tersebut memfokuskan kepada model iPhone dengan rekaan kaca sepenuhnya meliputi keseluruhan bahagian luaran termasuklah lengkungan bahagian sisi. Bahagian sentuhan pada skrin juga boleh diubah mengikut penggunaan dengan lengkungan kaca pada sisi.

Paten itu juga menjelaskan mengenai bagaimana lengkungan, ketirusan dan lapisan kaca bagi menghasilkan kerangka dengan kaca sepenuhnya. Apple juga dilihat mempunyai idea bagaimana pengguna untuk mengenalpasti ruang sentuhan skrin dengan penggunaan permukaan kaca yang berlainan.

Apple juga turut ingin mengimplentasikan cara untuk mengakses komponen dalaman peranti, berkemungkinan untuk pemasangan dan baik-pulih. Terdapat panel pada bahagian sisi dan bawah yang untuk membolehkan komponen dalaman untuk ditarik keluar.

Berdasarkan paten tersebut, penggunan perisian juga diperlihatkan bagi mengadaptasikan bagaimana pengguna untuk berinteraksu, memegang dan menggunakan peranti dengan rekaan kaca sepenuhnya ini.

Selain daripada model iPhone, terdapat juga model lain di dalam paten tersebut seperti Apple Watch, Mac Pro silinder dan Mac Pro berbentuk tower.

Sudah tentu, ini hanyalah sebagai paten yang berdaftar dan masih lagi dalam perancangan dan kajian dengan teliti oleh Apple.

Sumber artikel: MacRumors

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen