Aksesori

Projek Pengecas Multi-Peranti Nirwayar Masih Diteruskan Oleh Apple

Pada tahun 2017, Apple pernah memperkenalkan pengecas multi-peranti yang dinamakan sebagai AirPower. Namun, penghasilan peranti ini terpaksa dihentikan kerana haba panas daripada gegelung tembaga pengecas nirwayar yang banyak bagi membolehkan ia mengecas iPhone, Apple Watch dan AirPods secara serentak dalam satu masa sahaja.

Menerusi laporan oleh Bloomberg melaporkan Apple kini masih lagi meneruskan projek pengecas multi-peranti nirwayar ini walaupun telah gagal sebelum ini. Apple juga dilaporkan bakal menggunakan teknologi pengecas nirwayar yang dimana kesemua peranti boleh mengecas dari jarak jauh.

Pada masa yang sama juga, Apple sedang membangunkan suatu kebolehan untuk peranti mengecas antara satu sama lain yang juga secara nirwayar. Sudah tentu dengan ada pengecas sebegini  menjimatkan masa dan tiada kabel tambahan diperlukan.

Ketika ini, Apple kembali memfokuskan kepada pengecasan berasaskan MagSafe dan sudahpun mempunyai pengecas MagSafe Duo untuk membolehkan mengecas iPhone atau AirPods bersama Apple Watch secara serentak. Berkemungkinan, kita bakal melihat semula pengecas seakan AirPower ini dimasa akan datang kelak.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen