iOS

Kemas Kini iOS 14.5 Kini Sedia Untuk Dimuat Turun

Apple pada hari ini telah mengeluarkan kemas kini iOS 14.5 secara rasminya kepada umum. Dengan pelbagai penambahbaikan dan peningkatan dari segi prestasi, iOS 14.5 adalah salah satu kemas kini yang penting untuk dilakukan.

Dalam iOS 14.5 ini, pengguna Apple Watch kini boleh menyahkunci iPhone mereka jika sistem pengecaman wajah Face ID tidak berjaya mengimbas ketika memakai pelitup wajah. Pengguna hanya perlu memakai Apple Watch pada pergelangan tangan, dinyahkunci dan berdekatan dengan iPhone untuk menyahkunci serta menerima maklum balas getaran apabila iPhone berjaya dinyahkunci. Ciri baharu ini boleh digunakan pada model iPhone X dan seterusnya bersama-sama model Apple Watch Series 3 dan seterusnya.

Dengan iOS 14.5, pengguna kini boleh memilih pelbagai pilihan percakapan suara untuk Siri apabila pertama kali mengeset peranti masing-masing. Siri juga menyokong untuk panggilan FaceTime berkumpulan yang memudahkan untuk mencari kenalan mahupun meminta Siri untuk membuat panggilan kenalan dalam kumpulan tersebut. Selain itu, Siri juga boleh memaklumkan panggilan masuk melalui AirPods atau fon kepala Beats yang disokong ciri ini termasuklah membuat panggilan kecemasan kenalan jika pemilik iPhone memerlukan bantuan dan tidak berupaya untuk melakukannya.

Bagi melindungi data pengguna, setiap aplikasi perlu meminta kebenaran pengguna sebelum menjejaki data aplikasi atau laman web yang dimiliki oleh syarikat pengiklanan. Pembangun aplikasi juga boleh mengeset permintaan ini secara dalam aplikasi atau melalui Setting dan pengguna boleh melihat senarai aplikasi yang telah meminta kebenaran untuk menjejaki data supaya pengguna boleh membuat perubahan pada masa akan datang.

Seperti biasa, setiap kemas kini utama akan disertakan emoji yang baharu. Emoji bercium dan berpasangan kini boleh dipilih warna kulit mengikut tetapan masing-masing. Emoji tambahan juga termasuklah wajah lega, wajah dengan mata pening, wajah dengan kabus, hati dengan api, patah hati dan perempuan dengan janggut.

Terdapat juga beberapa penambahbaikan lain seperti untuk Apple Podcast, Apple Maps, Apple News, Apple Fitness+, AirTag serta sokongan 5G untuk siri model iPhone 12.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen