Dengan siri komputer profesional dan berkuasa yang diperkenalkan oleh Apple, ia juga turut ditawarkan dengan aksesori tambahan yang boleh dibeli secara berasingan. Pengecas USB-C dengan kelajuan 140W kini ditawarkan oleh Apple secara rasmi pada harga RM399 seunit.
Menurut Apple, pengecas ini dikhaskan buat model MacBook Pro 16.2-inci yang dilancarkan tahun ini. Dengan itu, komputer tersebut boleh dicas sehingga 50% dalam masa 30 minit sahaja. Pengguna boleh mengecas dengan kabel USB-C ke MagSafe, kabel USB-C ke USB-C atau kabel USB-C ke Lightning mengikut peranti dan produk Apple yang digunakan.
Pada masa yang sama juga, Apple turut menjual kabel USB-C ke MagSafe yang boleh dibeli pada harga RM189 dengan kepanjangan 2 meter.
Tambah Komen