Instagram pada hari ini telah mengumumkan satu ciri baharu bagi menjaga kesihatan mental pneggunanya. Ciri ini masih lagi dalam fasa ujian dan dinamakan sebagai ‘Take a Break”. Dengan ini, pengguna disarankan untuk berehat seketika daripada melayari Instagram
Ciri ini boleh diaktif pada Seting dan disetkan had masa bagi setiap tempoh berehat tersebut. Sebanyak tiga tempoh penggunaan boleh disetkan iaitu 10 minit, 20 minit ataupun 30 minit. Pengguna boleh memilih untuk menutup notifikasi mahupun menyahaktif ciri ini.
Selepas itu, sebuah halaman dipaparkan dan menghalang akses pengguna pada aplikasi Instagram mengikut tempoh waktu yang disetkan. Halaman tersebut menyertakan dan mengingatkan beberapa perkara yang anda boleh lakukan seperti contoh menarik nafas panjang, menulis apa yang anda fikirkan, mendengar lagu pilihan anda dan membuat tugasan.
Buat masa ini, ciri Take a Break masih lagi dalam tempoh percubaan dan hanya segelintir pengguna terpilih sahaja yang dapat mencubanya dengan lebih awal. Jika berjaya, ciri ini akan dilancarkan dalam tempoh 1-2 bulan kelak.
Testing “Take a Break” 🧑🔬
We started testing a new feature called “Take a Break” this week. This opt-in control enables you to receive break reminders in-app after a duration of your choosing.
I’m excited to dig into the results & hopefully launch this sometime in December. ✌🏼 pic.twitter.com/WdSTjL6ZdH
— Adam Mosseri 😷 (@mosseri) November 10, 2021
Tambah Komen