Apple App Store dan Google Play Store sememangnya kedai aplikasi gergasi yang menerajui pasaran aplikasi bagi peranti mudah alih termasuklah monopoli. Baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif kepada Epic Games, Tim Sweeney telah mencadangkan satu kedai aplikasi yang meliputi kesemua platform yang sedia ada.
Menurut beliau, Epic Games sedia berperang bagi melawan monopoli kedua-dua kedai aplikasi gergasi tersebut. Sehingga kini terdapat pelbagai kedai aplikasi merangkumi sistem operasi dan perisian seperti Google Play Store untuk Android, App Store untuk iOS, Mac App Store untuk Mac, PlayStation Store, Xbox dan Nintendo Switch.
Cadangan beliau ialah memberikan akses hanya satu kedai aplikasi kepada seluruh pengguna untuk platform tersebut. Ini juga termasuklah sistem pembayaran dan juga komisen bagi setiap penjualan aplikasi dan perisian melalui kedai aplikasi tersebut.
Walaupun cadangan ini dianggap bernas, namun ia memerlukan kos yang tinggi serta kebolehcapaian dan kesinambungan antara semua pihak bagi menggabungkan kesemua kedai aplikasi ini menjadi satu. Pengguna juga perlu diberikan suatu ‘tutorial’ bagi penggunaan kedai aplikasi baharu dan sudah tentu tidak semua menyokongnya.
Tambah Komen