Menerusi paten yang didaftar oleh Sony baru-baru ini, memperlihatkan seperti sebuah alat kawalan permainan untuk telefon pintar. Berdasarkan paten tersebut, sebuah alat kawalan dengan rekaan DualShock 4 yang mempunyai telefon pintar diletakkan pada bahagian tengah.
Rekaan sebegini sudahpun terdapat di pasaran yang ditawarkan oleh jenama lain. Namun dari segi penggunaan dan rekaan, alat kawalan DualShock sememangnya mempunyai ergonomik bagi pegangan yang selesa. Ditambah pula dengan saiz dan berat telefon pintar, ia akan menawarkan pengelaman yang berbeza dengan alat kawalan yang sedia ada.
Sambungan alat kawalan DualShock 4 secara Bluetooth sudahpun boleh dilakukan pada peranti iPhone, iPad, Apple TV dan Mac menerusi iOS 13, iPadOS 13, tvOS 13 dan macOS Catalina. Dengan adanya kebolehan untuk meletakkan telefon pintar, akan memudahkan pengguna untuk membawa dan menggunakannya.
Sudah tentu, ini hanyalah sebuah paten dan semestinya rekaan akan berubah mengikut kemas kini akan datang serta perancangan oleh Sony.
Sumber artikel: Videogamechronicle
Tambah Komen