Pengumpul produk prototaip Apple, Giulio Zompetti telah berkongikan gambar prototaip bagi model AirPods bersama-sama pengecas 29W USB-C. Kedua-duanya hadir dengan rekaan plastik berlutsinar dan komponen-komponen dalaman yang digunakan boleh dilihat secara terus.
Apple sememangnya popular menggunakan rekaan lutsinar ini bagi bahagian prototaip untuk perkakasan produk mereka. Ini adalah untuk melihatkan bagaimana kedudukan komponen dalaman untuk diposisikan dan sebarang perubahan boleh dilakukan sebelum produksi penghasilan dimulakan untuk dijual kepada umum.
Kebanyakan produk sebegini dimiliki oleh jurutera dan bekas jurutera Apple, namun mereka tidak boleh menjualkannya selain diberikan percuma kepada rakan atau pengumpul. Terdapat juga prototaip yang dijumpai di tempat pelupusan yang kebanyakannya di China dan ada pihak yang menyelamatkan prototaip ini dari dilupus. Sudah tentu ia dijual atau dibida oleh pengumpul produk Apple yang berminat.
Prototaip AirPods ini berkemungkinan adalah model generasi pertama atau kedua dengan rekaan plastik lutsinar pada bahagian badan dan plastik berwarna putih untuk bahagian putik. Bekas pengecas dengan rekaan plastik lutsinar juga digunakan untuk proses prototaip ini.
Beliau juga berkongsikan gambar pengecas 29W USB-C yang hadir bersama model MacBook 12-inci tetapi penjualan model ini sudahpun dihentikan dan diganti dengan pengecas 30W USB-C.
29W Apple Charger prototype. pic.twitter.com/h2ZoHCMw0F
— Giulio Zompetti (@1nsane_dev) November 23, 2021
Tambah Komen