Luna Display dalam kemas kini baharu yang dikeluarkan pada hari ini telah menyertakan beberapa ciri yang sangat berguna. Bagi yang tidak tahu, Luna Display ini membolehkan pengguna untuk menggunakan peranti iPad atau komputer lain sebagai skrin kedua.
Kemas kini versi 5.1 ini membawakan ciri sokongan mod sambungan PC ke Mac. Dengan ini komputer Mac boleh dijadikan sebagai skrin kedua kepada komputer Windows yang dimilki. Selain itu, Luna Display juga menyokong sehingga resolusi 4K atau 5K penuh mengikut skrin kedua komputer. Untuk resolusi 5K memerlukan penyambungan USB-C Luna Display manakala untuk resolusi 4K memerlukan penggunaan macOS Big Sur dan ke atas.
Dengan ini, pengguna boleh menggunakan Luna Display mengikut konfigurasi berikut:
- Mac ke iPad atau PC ke iPad
- Mac ke Mac atau PC ke Mac
- Headless Mode (menggunakan iPad sebagai skrin utama untuk Mac mini)
- Mod Telepromter
Selain itu, Luna Display juga telah menambahkan sokongan papan kekunci dan pad sesentuh Magic iPad. Mod telepromter dan mod ofis juga kini hadir untuk komputer PC. Pengguna boleh membuat kemas kini di App Store peranti masing-masing.
Tambah Komen