Apple telah melanjutkan tempoh program pembaikan skrin untuk komputer Macbook 12 inci dan Macbook Pro dengan Retina Display yang mempunyai masalah anti-reflective coating (lapisan anti-reflektif) tertanggal pada panel skrin produk tersebut.
Menurut Apple. program ini layak untuk model yang dibeli bermula dari Jun 2012 sehingga 16 Oktober 2017 atau 3 tahun dari tarikh tempoh pembelian asal. Program ini dilanjutkan adalah untuk memberi peluang kepada pengguna yang terkena masalah ini bagi mendapatkan servis pembaikan skrin komputer mereka.
Staingate menjelaskan, masalah ini akan terjadi seawal 7 bulan selepas komputer Macbook itu dibeli. Staingate merupakan sebuah kumpulan pengguna Macbook yang menghadapi masalah lapisan anti-reflektif dan berjaya mengetengahkan isu ini sehingga mendapat perhatian pihak Apple, seterusnya mengaktifkan program pembaikan skrin ini.
Bagi pengguna yang menghadapi masalah ini boleh pergi ke salah satu cawangan Apple Authorized Service Provider (AASP) di seluruh negara atau boleh hubungi Apple Support dengan menelefon (1-800 803 638) ataupun menggunakan berbual dengan pekerja dalam talian bagi menyemak samada layak atau tidak. Jika layak, Apple Support akan memberi cara dan arahan untuk mendapatkan servis pembaikan skrin ini. Apple tidak menyediakan laman sesawang khas untuk menyemak menggunakan nombor siri seperti program yang lain.
Tambah Komen