Aplikasi Berita

Akses Maybank2u Dihalang Pada Peranti Yang Telah Di Jailbreak


Maybank telah mengemaskini sistem keselamatan perbankan Internet mereka atau lebih dikenali sebagai Maybank2u. Bermula pada 4 Mac 2017, mereka memperkenalkan beberapa fungsi keselamatan terbaru pada laman log masuk akaun di pelayar web dan juga di aplikasi Maybank2u di iOS dan Android. Fungsi ini ada melibatkan peranti iOS yang telah di jailbreak.

Pengguna akan diminta untuk mengesahkan gambar dan frasa keselamatan sewaktu log masuk ke Maybank2u. Pihak Maybank2u juga dengan ini secara rasmi menghalang mana-mana peranti iOS dan Android yang telah dijailbreak / rooted untuk mengakses aplikasi Maybank2u.

Maybank mengatakan, sekatan ini bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna Maybank2u selain tidak mahu bertanggungjawab di atas segala kemungkinan dan liabiliti yang akan berlaku. Di App Store, anda boleh mengemaskini aplikasi Maybank MY pada versi terbaharu iaitu Versi 4.8. Bagi yang mementingkan keselamatan, anda dinasihat untuk mengemaskini aplikasi ini bagi menjamin keselamatan sentiasa terpelihara sewaktu mengendalikan aplikasi Maybank MY.

Apakah pandangan anda mengenai kemas kini terbaru Maybank2u ini? Adakah anda suka atau tidak?

Bagi yang jailbreak, anda boleh,

  • Melayari maybank2u.com.my untuk mengakses akaun Maybank anda,

atau

  • memuat turun dan memasang tweak tertentu yang boleh dimuat turun dari Cydia, seperti
  1. Flex 3 dari repo Bigboss (http://apt.thebigboss.org/repofiles/cydia)
  2. tsProtector 8+ dari repo Bigboss (http://apt.thebigboss.org/repofiles/cydia)
  3. xCon 42 beta 1 oleh  Scott Marnik (klik pautan, muat turun dan pasang melalui Filza/iFile)
  4. Its Ok oleh Muhammad Redza Ruslan (klik pautan, muat turun dan pasang melalui Filza/iFile)

Jika ada sumber atau cara lain, kongsikanlah kepada kami.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen