Info iPad iPhone iPod

Tukar Peranti Yang Rosak Kepada Yang Baru Di Pusat Servis Apple


Tahukah anda? Jika peranti anda rosak, anda boleh menggantikannya kepada yang baharu di Pusat Servis Apple (AASP) yang sah. Namun, terdapat beberapa terma dan syarat yang anda perlu patuhi serta turuti. Antara terma dan syarat yang perlu dipatuhi ialah:-

1. Tiada modifikasi keatas unit tersebut. (Alat ganti/komponen dalaman dan luaran mestilah tidak pernah ditukar lagi.)

2. Unit mestilah set model global. Sesetengah unit, terutamanya iPhone luar negara terikat dengan syarikat telekomunikasi luar contohnya di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan banyak lagi tidak diterima. Hal ini kerana, model tersebut berbeza dengan model global yang digunapakai di negara-negara Asia Pasifik.

Bagi peranti yang:

1. Jika peranti anda masih dalam tempoh jaminan.

Anda boleh periksa tempoh jaminan di https://checkcoverage.apple.com. Ia akan memaparkan tarikh luput jaminan anda. Jika peranti anda masih dalam tempoh jaminan, anda boleh segera ke AASP untuk menuntut jaminan anda. Mereka akan mendiagnosis dan mengenalpasti punca kerosakan. Jika peranti anda layak, mereka akan segera menguruskan proses penggantian peranti anda. Tempoh proses ini lazimnya mengambil masa seminggu dan tidak lebih daripada tiga minggu waktu bekerja. Namun, ada juga yang mendapatkannya dalam tempoh dua hari sahaja. Ia bergantung kepada proses dan stok gantian.

2. Jika peranti anda sudah tamat tempoh jaminan.

Bagi unit yang mengalami kerosakan setelah habis tempoh jaminan dan unit yang “warranty void” atau jaminan terbatal, anda juga boleh dapatkan gantian dari AASP dengan bayaran tertentu. Bayaran bagi setiap model peranti adalah berbeza. Apple akan ganti unit anda mengikut warna, model, dan kapasiti yang sama. Tiada penukaran warna, model, dan kapasiti disediakan.

Antara kerosakan yang akan menyebabkan jaminan anda terbatal adalah seperti berikut:-

1) Skrin pecah/retak kerana kecuaian/sengaja/kemalangan

2) Water damage. Peranti terjatuh/terendam dalam air lalu rosak.

3) Kelompang peranti bengkok dengan sengaja/kecuaian.

4) Lekuk dan calar balar yang melampau.

Mulai Februari 2017, bagi produk iPhone yang hanya mempunyai masalah paparan skrin LCD (Skrin pecah/retak kerana kecuaian/sengaja/kemalangan), anda hanya perlu membayar harga yang ditetapkan untuk menukar skrin sahaja. Harga yang ditawarkan adalah lebih murah sedikit. Anda hanya dibenarkan tukar skrin sahaja dan bukan tukar iPhone baharu. Rujuk gambar di bawah.

Tempoh jaminan bagi setiap peranti ialah 90 hari.

Lokasi AASP di Malaysia -> https://locate.apple.com/my/en


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen