Berita iPad

Apple iPad Mini 4 Kini Dijual Dengan Kapasiti Storan 128GB Sahaja


Dengan penggantian peranti iPad Air 2, peranti iPad Mini 4 juga ditawarkan dengan kapasiti storan 128GB sahaja di pasarang sekarang ini. Kapasiti storan 32GB tidak lagi dijual selepas ini. Penawaran ini ditawarkan dengan harga RM2099 bagi konfigurasi Wifi dan RM2599 bagi konfigurasi Wifi + Selular.

Harga peranti iPad Mini 4 ketika mula diperkenalkan bagi konfigurasi Wifi dijual pada harga RM1599 untuk 16GB, RM1999 untuk 64GB dan RM2399 untuk 128GB manakala bagi konfigurasi Wifi + Selular pula dijual pada harga RM2099 untuk 16GB, RM2499 untuk 64GB dan juga RM2899 untuk 128GB.

Bagi yang ingin membeli, boleh terus membuat pembelian di laman sesawang Apple atau di AASP (sehingga diumumkan).


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen