Berita iPod

Apple iPod Nano Generasi Ke-6 Diisytiharkan Dengan Rasmi Sebagai Peranti Vintaj

Apple baru-baru ini telah menambah peranti iPod bagi model nano generasi ke-6 dalam senarai produk vintaj dengan rasmi pada 30 Ogos yang lepas, menurut nota diberikan kepada Apple Store dan Apple Authorized Service Provider (AASP) yang dijumpai oleh laman web MacRumors.

Dengan ini, sebarang jenis servis dan pembaikan termasuklah alat gantian bagi peranti iPod nano generasi ke-6 tidak lagi diterima dengan rasmi di mana-mana cawangan Apple Store dan AASP yang berdaftar di bawah Apple. Pengguna yang mahu membuat pembaikan perlu membeli alat gantian melalui pihak ketiga seperti laman web AliExpress dan sebagainya ataupun melalui kedai luar.

iPod nano generasi ke-6 ini mula dilancarkan pada September 2010 dan mula ditamatkan pada September 2012. Berbeza dengan generasi ke-5, rekaan iPod ini hanya mempunyai skrin sesentuh di bahagian hadapannya dan tidak mempunyai butang, ‘click wheel’ ikonik serta kamera video dan speaker. Membuatkan syarikat kerangka mereka bentuk tali jam yang boleh dipakai dengan iPod nano ini seperti jenama Lunatik.

Apple mula menggunakan rekaan segi empat tepat atau bentuk ‘candy bar’ dengan menambahkan butang Home. Rekaan iPod nano generasi ke-7 kekal sama sehinggalah Apple dengan rasmi menamatkan kesemua barisan peranti iPod shuffle dan iPod nano pada bulan Julai yang lepas.

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen