Apple

Apple Melancarkan Akaun YouTube Apple Support, Menawarkan Video Tutorial Berkaitan iOS Kepada Pengguna

Apple telah melancarkan dengan rasmi sebuah akaun bagi saluran YouTube untuk Apple Support, yang akan memuat naik siri video tutorial mengenai dan berkaitan iOS. Ini ialah untuk memudahkan seluruh lapisan pengguna menimba pengetahuan mengenai peranti iPhone, iPod dan iPad serta penerangan bagi memahami bagaimana cara penggunaan peranti yang baharu.

Mula dijumpai oleh pengguna Reddit, akaun saluran YouTube Apple Support ini telah didaftarkan pada 5 Oktober lepas dan telah diaktifkan semalam apabila akaun tersebut memuat naik sebanyak 10 video pendek pertama menerangkan cara dan bagaimana untuk suatu ciri berfungsi yang terdapat pada sistem-sistem operasi yang dibangunkan oleh Apple.

Akaun YouTube ini melengkapkan senarai akaun sosial bagi membantu pengguna seperti akaun pada laman Twitter yang didaftarkan pada Mac 2016, termasuklah aplikasi Apple Support untuk iOS dan laman web rasmi Apple Support.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen