Berita Mac

Apple Kini Menghentikan Penjualan MacBook 12-Inci


Dengan penawaran MacBook Air dan model asas MacBook Pro 13-inci yang dikemas kini hari ini, Apple dilihat telah menghentikan penjualan komputer MacBook 12-Inci serta merta. Senarai komputer pada laman web tidak menunjukkan sebarang maklumat mengenai MacBook ini dan tidak lagi tersedia pada laman web jualan atas talian Apple.

MacBook 12-inci tidak menerima sebarang kemas kini sejak dari tahun 2017. Pada tahun 2018 pula, Apple telah mengemaskini rekaan dan spesifikasi MacBook Air bersaiz 13-inci yang mempunyai ciri seperti MacBook 12-inci ini. Selain itu, Apple juga turut menghentikan penjualan MacBook Air 2017 yang masih menggunakan rekaan lama bersama-sama dengan MacBook 12-inci.

Senarai komputer riba Apple kini bermula dari MacBook Air pada harga RM 4,699, bagi model asas MacBook Pro 13-inci pula bermula dari RM 5,499 manakala untuk MacBook Pro 15-inci bermula dari RM 10,499.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen