iCloud Tutorial

Tutorial Mendaftar Akaun E-mel Alamat iCloud


iCloud Mail ialah merupakan servis perkhidmatan e-mel bagi akaun Apple ID yang didaftarkan melalui akaun e-mel beralamatkan @icloud.com. Pada masa yang sama, alamat e-mel iCloud boleh digunakan untuk mendaftar masuk ke laman web icloud.com bagi menggantikan alamat e-mel Apple ID (dalam erti kata lain, sebagai alias kepada alamat e-mel Apple ID).

Untuk menggunakan perkhidmatan iCloud Mail ini, setiap pemilik akaun Apple ID ialah layak dan boleh mendaftarkan akaun e-mel yang beralamatkan @icloud.com ini secara percuma.

Akaun Apple ID diperlukan bagi mengakses halaman iCloud untuk mengaktifkan iCloud Mail dan seterusnya membolehkan anda untuk mendaftar akaun alamat e-mel iCloud ini. Bagi yang tidak mempunyai akaun Apple ID, anda boleh ikuti tutorial mendaftar akaun Apple ID ini.

Nota:

  • Pengguna yang menggunakan alamat e-mel @mac.com atau @me.com sebagai e-mel akaun Apple ID, anda tidak perlu mendaftar akaun e-mel @icloud.com untuk menggunakan servis iCloud Mail.
  • Kata laluan akaun e-mel iCloud ini ialah sama seperti (dan berhubung kait dengan) kata laluan akaun Apple ID anda. Pastikan anda mengingati kata laluan tersebut sebelum membuat pendaftaran ini.

Untuk mendaftarkan akaun e-mel beralamatkan @icloud.com ini, ikuti langkah di bawah:

1. Pada peranti (pastikan akaun Apple ID telah didaftar masuk terlebih dahulu) :

– iOS 10.2 dan ke bawah, pergi ke Settings > iCloud > aktifkan iCloud Mail.

– iOS 10.3 dan ke atas, pergi ke Settings > nama anda > iCloud > aktifkan iCloud Mail.

2. Tekan Create, kemudian isikan alamat e-mel mengikut kehendak anda. Tekan Next setelah selesai.

3. Untuk pengesahan, periksa alamat e-mel yang dimasukkan dengan teliti. Jika terdapat kesilapan, tekan Back untuk mengisi semula. Tekan Next setelah selesai dan berpuas hati.

4. Panel Mail diaktifkan dan akaun e-mel iCloud anda kini sedia digunakan. Anda akan menerima e-mel ucapan selamat daripada Apple. Anda kini boleh menerima dan menghantar e-mel menggunakan akaun e-mel @icloud.com yang didaftarkan melalui aplikasi Mail pada peranti anda.

Anda juga boleh memeriksa dan menghantar e-mel melalui laman web icloud.com dengan mendaftar masuk akaun Apple ID anda atau akaun e-mel iCloud yang baru didaftar sebentar tadi.


Proses pendaftaran akaun e-mel alamat iCloud ini boleh juga dilakukan pada peranti yang lain dan cara yang berlainan, tidak semestinya mengikut cara di atas. Anda boleh mendaftar akaun e-mel @icloud.com ini melalui:

– dengan membuat sebuah akaun Apple ID yang baharu dan memilih “Get a free iCloud email address” ketika memilih alamat e-mel untuk Apple ID anda. Harus diingatkan bahawa anda tidak boleh menukar Apple ID dengan alamat e-mel pihak ketiga seperti Gmail. Anda hanya boleh menukar dengan alamat e-mel @icloud.com yang lain atau akaun alamat e-mel @me.com ataupun @mac.com.

– untuk yang menggunakan komputer Mac, pergi ke System Preferences > iCloud > Mail > tandakan pada Mail dan ikuti langkah yang sama seperti di atas seterusnya.

– untuk yang menggunakan komputer Windows, muat turun dan pasang perisian iCloud untuk Windows. Kemudian, buka aplikasi iCloud dan daftar masuk akaun Apple ID anda dan tandakan pada Mail. Satu tetingkap klien e-mel seperti Outlook atau Windows Mail untuk langkah yang sama seperti di atas seterusnya.

Selesai pendaftaran, anda boleh menggunakan akaun e-mel iCloud ini pada iCloud (tidak disarankan). Akaun Apple ID yang sedia ada pada iCloud boleh digunakan seperti biasa.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen