Acara Khas Apple Aksesori

Apple Kini Menjual Kerangka Pelindung Polikarbonat Untuk Model iPhone Baharu


Selepas memperkenalkan barisan model iPhone tahun ini iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, Apple juga turut memperkenalkan variasi kerangka pelindung yang baharu. Kerangka pelindung kulit, polikarbonat jernih dan silikon kini tersedia di laman jualan rasmi Apple dengan pra-tempahan dan penghantaran bermula hari ini.

Ketika acara khas berlangsung, Apple mengatakan beberapa kerangka pelindung ditawarkan untuk kesemua model iPhone baharu. Bagi tahun ini, Apple menawarkan kerangka pelindung plastik untuk kesemua iPhone baharu. Sebelum ini, ia hanya terdapat untuk iPhone XR sahaja.

Kerangka pelindung plastik ini diperbuat daripada bahan polikarbonat jernih dan TPU yang mempunyai lapisan anti-calar. Kerangka ini dijual pada harga RM169 untuk kesemua iPhone.

Untuk kerangka yang lain pula dijual bermula dari RM169 hingga RM539 mengikut kualiti dan bahan kerangka tersebut. Bagi yang berminat, anda boleh membuat pembelian di laman jualan rasmi Apple.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen