Aksesori Berita

Pembelian iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max Disertakan Pengecas Pantas 18W


Apple buat pertama kalinya telah membuat kejutan dimana telah menawarkan pengecas pengecasan pantas USB-C 18W bersama-sama dengan pembelian iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Berbanding dengan model sebelum ini, Apple hanya menawarkan kepala pengecasan 5W di dalam kotak.

Harus dimaklumkan bahawa pengecas pantas 18W ini hanya terdapat dalam kotak iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max sahaja. Bagi pengguna iPhone 11, Apple masih mengekalkan pengecas 5W di dalam kotak. Harga bagi sebuah pengecas pantas 18W ini ialah berharga Rm149 jika dibeli secara berasingan.

AirPods juga tidak ditawarkan bagi yang menaruh harapan.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen