Berita iPad

Apple Menurunkan Harga iPad Pro Untuk Storan 1TB Sebanyak RM850


Selepas sahaja acara khas Apple berlangsung, beberapa potongan harga dilakukan untuk produk Apple yang terpilih. Diikuti dengan harga baharu bagi iPhone XR, iPhone 8 dan Apple Watch Series 3, Apple juga turut menurunkan harga bagi iPad Pro dengan storan 1TB sebanyak RM850.

Berdasarkan oleh Amanz, potongan harga ini ditawarkan untuk iPad Pro 11-inci dan iPad Pro 12.9-inci bagi model WIFI dan selular dengan saiz storan 1TB sahaja. Bagi storan 64GB, 256GB dan 512GB tidak ditawarkan dengan penurunan harga ini.

Berikut ialah harga terkini bagi iPad Pro storan 1TB:

  • iPad Pro 11-inci 1TB WiFi – RM5849
  • iPad Pro 11-inci 1TB LTE – RM6499
  • iPad Pro 12.9-inci 1TB WiFi – RM6699
  • iPad Pro 12.9-inci 1TB LTE – RM7349

Berdasarkan beberapa khabar angin, Apple mungkin akan menjadualkan acara khas sekali lagi pada bulan hadapan. Kebiasaannya, penurunan harga bagi peranti Apple ini dilakukan sebelum peranti generasi baharu dilancarkan. Perkara seperti ini pernah terjadi pada komputer MacBook Pro yang lepas.

Bagi yang berminat untuk membeli iPad Pro dengan storan 1TB ini, anda disarankan untuk menunggu bulan hadapan jika terdapat pengumuman Apple yang bakal dibuat.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen