Ketiga-tiga model iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max mempunyai satu sistem pengurusan kuasa yang baharu berdasarkan perisian (software) sistem operasi iOS dan juga perkakasan (hardware). Sistem ini berfungsi secara automatik dan sentiasa aktif serta dinamik yang terdapat pada ketiga-tiga iPhone baharu tersebut.
Menurut Apple melalui dokumen sokongan menyatakan, sistem pengurusan kuasa baharu ini adalah lebih berkuasa berbanding yang terdapat pada model iPhone sebelum ini. Ini adalah untuk memberikan dan mengekalkan prestasi iPhone apabila kesihatan bateri mula merosot dari semasa ke semasa. Ketiga-tiga iPhone baharu ini memerlukan pemantauan pengurusan kuasa yang terurus bagi mengelakkan kesan pada prestasi.
Namun, bateri lithium-ion mempunyai jangka hayat adalah terhad dan tidak boleh bertahan selama-lamanya. Bergantung kepada keadaan kesihatan bateri iPhone anda, kemerosotan kesihatan bateri masih boleh berlaku dan mengakibatkan kesan prestasi seperti pelancaran aplikasi yang perlahan, ketidaklancaran sistem, pengurangan penggunaan data nirwayar, cahaya skrin mula malap atau kelantangan pembesar suara yang perlahan.
Keadaan kesihatan bateri iPhone anda boleh diperiksa melalui Settings > Battery > Battery Health yang terdapat pada iOS 11.3 dan ke atas untuk iPhone 6 dan seterusnya. Bagi pengguna yang ingin menukar bateri baharu melalui wakil Pembekal Perkhidmatan Sah Apple seperti Switch atau Machines atau pun melalui Apple Support.
Apple sebelum ini dihentam kerana menyembunyikan mengenai sistem pengurangan kuasa yang diperkenalkan pada iOS 10.2.1 dengan mengurangkan prestasi dan penggunaan iPhone apabila kesihatan bateri merosot. Ini secara tidak langsung sebagai salah satu cara oleh Apple untuk memaksa pengguna membeli model iPhone yang baharu.
Sumber artikel: MacRumors
Tambah Komen