iPhone Khabar Angin

Apple Dilapor Meningkatkan Produksi Model iPhone 11 Sehingga 10% Atas Permintaan Tinggi


Menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh Nikkei Asian Review, Apple dilapor telah meminta para pembekal dan pengilang untuk meningkatkan lagi produksi bagi model iPhone baharu tahun ini iaitu iPhone 11 dan iPhone 11 Pro sehingga 10%. Hasil produksi tersebut akan meningkatkan sehingga 8 juta unit pada produksi sekarang ini.

Laporan tersebut menyatakan, perkara ini adalah disebabkan permintaan dan pembelian yang tinggi bagi model iPhone 11 dan iPhone 11 Pro oleh para pembeli di seluruh dunia. Manakala, Apple telah meminta untuk memperlahan produksi untuk model iPhone 11 Pro Max bagi keseimbangan pengeluaran ketiga-tiga model.

iPhone 11 yang kini dijual pada harga lebih murah iaitu bermula dari RM3399 bagi storan 64GB manakala harga iPhone XR ketika dilancarkan ialah berharga RM3599. Dengan penurunan harga ini sedikit sebanyak telah menjadi faktor bagi penghasilan dan produksi iPhone 11 ini menunjukkan pertambahan yang tinggi pada tahun ini.

Hari ini telah diterbitkan laporan mengenai model asas yang murah iaitu ‘iPhone SE 2’ yang dikhabar akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan. iPhone SE 2 dijangka akan menggunakan rekaan seperti iPhone 8, mengekalkan sistem biometrik Touch ID, skrin bersaiz 4.7-inci dan juga kamera tunggal di bahagian belakang.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen