Berita iPhone

iPhone 11, iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max Kini Boleh Didapati Secara Rasmi Di Malaysia


Laman jualan Apple Store Malaysia kini telah dibuka secara rasmi dan pengguna yang ingin membeli iPhone 11, iPhone 11 Pro atau iPhone 11 Pro Max melalui dalam talian boleh membuat demikian. Ketiga-tiga iPhone baharu ini telah dilancarkan pada 11 September yang lepas dan pra-tempahan dibuka pada 20 September 2019 melalui wakil penjual rasmi Apple serta syarikat telekomunikasi.

iPhone 11 iaitu pengganti kepada iPhone XR dianggap sebagai model asas bagi tahun ini dijual pada harga bermula dari RM3399 bagi storan 64GB. Skrin pada iPhone 11 masih dikekalkan pada saiz 6.1-inci paparan LCD dan turut dilengkapi dengan dwi-kamera iaitu lensa sudut lebar dan lensa sudut lebar ultra. Selain itu, terdapat 6 warna baharu untuk dipilih termasuklah penggunaan cip pemprosesan A13 pada iPhone 11 ini.

Senarai harga mengikut storan:

iPhone 11
64GB – RM3399
128GB – RM3599
256GB – RM4099

Model premium yang lebih mahal iaitu iPhone 11 Pro mempunyai skrin paparan OLED bersaiz 5.8-inci sama seperti iPhone XS yang dijual pada tahun lepas. iPhone 11 Pro mempunyai cip A13 dan dilengkapi dengan tri-kamera iaitu lensa sudut lebar, lensa sudut lebar ultra dan lensa telefoto. Masa penggunaan juga lebih lama dan perubahan kemasan kasar bahagian kaca belakang. Senarai harga mengikut storan:

iPhone 11 Pro
64GB – RM4899
256GB – RM5599
512GB – RM6499

Model premium yang termahal dijual iaitu iPhone 11 Pro Max ialah merupakan pengganti kepada iPhone XS Max yang lepas. Dilengkapi dengan skrin paparan OLED bersaiz 6.5-inci yang juga turut mempunyai bateri yang lebih besar dan tebal untuk menawarkan masa penggunaan yang lebih lama. Sama seperti iPhone 11 Pro, kedua-dua iPhone ini ditawarkan dengan warna baharu iaitu Midnight Green. Senarai harga mengikut storan:

iPhone 11 Pro Max
64GB – RM5299
256GB – RM5999
512GB – RM6899

Buat pertama kalinya, Apple menawarkan kedua-dua model premium iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max dengan aksesori yang baharu iaitu pengecas 18W USB-C dan juga kabel USB-C to Lightning yang boleh didapati secara terus di dalam kotak. Dengan ini, pengguna tidak perlu mengeluarkan wang tambahan untuk membelinya secara berangingan.

Ketiga-tiga model iPhone mempunyai ciri Haptic Touch, mod malam atau Night Mode untuk menangkap gambar yang terang pada keadaan kurang pencahayaan, Smart HDR generasi seterusnya dan sistem kamera 12-megapixel TrueDepth yang diperbaharui. Pada bahagian kamera hadapan pula, penggunaan Face ID kini telah ditambah baik termasuklah video slo-mo pada kadar 120 fps.

Bagi pengguna yang ingin membeli salah satu atau dua mahu pun ketiga-tiga iPhone sekali gus di atas, selamat membeli belah diucapkan dan semoga anda mengharungi kehidupan sebagai pengguna iPhone model baharu untuk tahun ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen