watchOS

Apple Mengeluarkan Kemas Kini watchOS 6.1 Beta Untuk Pembangun


Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini pertama bagi versi beta untuk watchOS 6.1 kepada pembangun. Peringkat beta ini hadir selepas watchOS 6 dilepaskan secara rasmi pada minggu lepas untuk pengguna Apple Watch Series 3 dan Apple Watch Series 4.

Buat masa ini, pengguna Apple Watch Series 1 dan Apple Watch Series 2 masih belum dapat mengemas kini watchOS 6 dan perlu menunggu tarikh yang bakal diumumkan oleh Apple. Apple juga akan melepaskan kemas kini iPadOS dan iOS 13.1 secara rasmi kepada umum pada esok.

watchOS 6.1 ini biasanya akan membawakan penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi selain daripada memberikan pengguanaan yang terbaik untuk pengguna Apple Watch.

Sumber artikel: 9to5Mac


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen