Aplikasi

Permainan Mario Kart Tour Kini Boleh Dimuat Turun Untuk Pengguna iOS


Permainan mudah alih baharu oleh Nintendo, iaitu Mario Kart Tour kini tersedia untuk dimuat turun secara rasmi bagi pengguna peranti iOS. Permainan perlumbaan ini berasaskan penggunaan pada skrin lanskap dengan kawalan menggunakan jari. Pemain hanya perlu menatal ke kiri atau ke kanan untuk mengawal kenderaan yang dipilih.

Mario Kart Tour ini ialah berasaskan aplikasi ‘freemium’ di mana anda boleh muat turun dan bermain secara percuma. Tetapi, jika anda ingin memiliki kenderaan yang lebih laju atau membuat penambahbaikan, pembelian untuk pakej mahu pun langganan bulanan boleh dibuat secara dalam aplikasi.

Karakter seperti Luigi, Toad, Shy Guy, Waluigi, Peach, Toadette, dan beberapa karakter lain boleh didapati dengan pembelian dalam aplikasi. Setiap siri perlumbaan mempunyai tempoh tertentu yang dibuka untuk pengguna bermain. Bagi tempoh 2 minggu pertama, litar New York City dipilih sebagai lokasi perlumbaan. Litar yang lain akan diputar mengikut giliran pada minggu-minggu tersebut.

Pengguna iPhone 5s dan seterusnya termasuklah peranti bermula dari iPad Air serta iPod touch yang menggunakan sistem operasi iOS 10 boleh muat turun dan memainkan aplikasi ini. Pastikan anda mempunyai akaun Nintendo bagi membolehkan untuk bermain aplikasi ini. [Ketik pada pautan ini untuk muat turun]

Proses mendaftar masuk mungkin akan tergendala seketika disebabkan pelancaran rasmi serentak di seluruh dunia. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh tonton video penerangan di bawah ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen