Berita iOS

Kemas Kini iOS 12.4.2 Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Yang Tidak Menyokong iOS 13


Dengan sistem operasi iOS 13 baru sahaja dilancarkan, terdapat sejumlah pengguna yang masih menggunakan peranti lama. Apple pada hari ini telah mengeluarkan kemas kini iOS 12.4.2 bagi peranti lama dan tidak menyokong sistem operasi yang baharu tersebut untuk penambahbaikan sekuriti.

Peranti seperti iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Air generasi pertama, iPad mini 2, iPad mini 3, dan iPod touch generasi ke-6 adalah tidak menyokong dan menerima kemas kini iOS 13. Kemas kini iOS 12.4.2 ini boleh dibuat pada peranti yang dinyatakan melalui Settings > General > Software Update.

Menurut Apple berdasarkan dokumen sokongan menyatakan, kemas kini ini adalah untuk menampal pepijat sekuriti yang dijumpai oleh pasukan Google’s Project Zero:

  • Impact: A remote attacker may be able to cause unexpected application termination or arbitrary code execution
  • Description: An out-of-bounds read was addressed with improved input validation.

Tiada sebarang ciri atau fungsi baharu yang dijumpai dalam kemas kini ini. Apple juga turut mengeluarkan kemas kini watchOS 5.3.2 untuk Apple Watch Series 1 dan Series 2 bagi menampal pepijat di atas. Kedua-dua model ini akan menerima kemas kini watchOS 6 pada akan datang.

Gambar utama: iClarified


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen